fbpx

Cuaca buruk di lapan negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan lebat di beberapa kawasan di Kedah, Perak, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak sehingga pukul 7 malam ini.

Menurut MetMalaysia, ribut petir dijangka melanda di Kedah (Pokok Sena, Padang Terap dan Pendang), Perak (Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim) dan Pahang (Raub, Bentong, Temerloh, Bera dan Rompin).

“Hujan lebat turut melanda Selangor (Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat), Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan sekitar kawasan Jelebu dan Jempol.

“Amaran cuaca buruk tersebut turut dikeluarkan di kawasan terjejas di Johor termasuk daerah Segamat, Mersing dan Kota Tinggi manakala di Sarawak melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Kanowit), Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu), Kapit (Song, Kapit dan Belaga) dan Bintulu (Bintulu dan Sebauh),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI