fbpx

Nooh Gadut diangkat Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nooh (dua dari kiri) dan Tawfiq (dua dari kanan) masing-masing diangkat sebagai Tokoh Maal Hijrah peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa hari ini.

Kuala Lumpur – Bekas Mufti Johor, Datuk Dr. Nooh Gadut, telah dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1447H/2025M.

Nooh, 78, merupakan anak jati Segamat, Johor, memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Feqah Syariah Al-Islamiyyah dan Undang-Undang dari Universiti Al-Azhar, Mesir.

Sepanjang kerjaya beliau, Nooh pernah berkhidmat sebagai Mufti Johor ke-11 dari 1999 hingga 2008 dan memainkan peranan penting dalam pentadbiran fatwa serta pendidikan agama di Malaysia.

Beliau juga Penasihat Agama kepada Sultan Johor dan Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia.

Sementara itu, Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Yang Terutama Dr. Tawfiq Fawzan Al-Rabiah, telah diiktiraf sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Antarabangsa.

Beliau yang dilahirkan di Riyadh, Arab Saudi dipilih atas sumbangan cemerlangnya dalam memartabatkan perkhidmatan haji dan umrah di peringkat global.

Sebagai Menteri Haji dan Umrah sejak 2021, beliau telah memperkenalkan pelbagai inisiatif inovatif seperti Laluan Mekah dan platform Nusuk yang memudahkan jemaah dari seluruh dunia, termasuk Malaysia, untuk menunaikan ibadah dengan lebih selesa dan efisien.

Beliau juga memainkan peranan penting dalam pelaksanaan Visi 2030 Arab Saudi, memastikan kelestarian dan kemajuan dalam pengurusan haji dan umrah.

Selain itu, beliau memiliki kelulusan akademik yang gemilang termasuk ijazah sarjana muda dalam Pengurusan Kewangan dan Matematik dari Universiti King Saud, dua ijazah sarjana dalam Sains Maklumat dan Sains Komputer serta Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam Sains Komputer dari Universiti Pittsburgh.

Beliau juga telah menerbitkan 16 kertas akademik dan menyumbang kepada Pelan Transformasi Nasional Arab Saudi.

Kedua-dua tokoh menerima hadiah wang tunai, sijil dan trofi yang disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI