fbpx

Wanita maut, empat kanak-kanak cedera langgar pembahagi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kemalangan yang dikongsikan LLM di Facebook hari ini.

MELAKA – Seorang wanita maut, manakala empat kanak-kanak cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka terbabas melanggar pembahagi jalan di Kilometer 189.1 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah selatan), pagi ini.

Pusat Pengurusan Trafik Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi laman rasmi Facebook memaklumkan, nahas berlaku pada pukul 7.54 pagi.

“Kemalangan melibatkan sebuah kereta disyaki hilang kawalan terbabas melanggar pembahagi tengah lebuh raya sebelum terhenti di lorong kecemasan.

“Kesan dari pelanggaran tersebut, seorang penumpang wanita tercampak ke lorong kiri arah utara dan disahkan maut di lokasi oleh paramedik, manakala empat mangsa kanak-kanak perempuan cedera,” katanya dalam hantaran maklumat setakat pukul 8.55 pagi.

Tambahnya, seorang daripada kanak-kanak turut parah dan pasukan PLUSRonda telah membantu mengalihkan kesemua mangsa ke bahu jalan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI