fbpx

EPL: United perlu ‘waras’ tawar gaji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MBEUMO dilapor semakin hampir untuk menyertai United selepas tawaran kedua dikemukakan kepada Brentford. - AFP

LONDON – Manchester United dilapor telah bersetuju dengan terma peribadi untuk mendapatkan bintang Brentford, Bryan Mbeumo yang dijangka bakal menyertai skuad Ruben Amorim dalam masa terdekat menerusi perpindahan bernilai £60 juta (RM346 juta).

Penyerang Cameroon itu menjadi sasaran utama selepas kelab Old Trafford melengkapkan perpindahan Matheus Cunha dalam usaha memantapkan jentera serangan susulan kempen hambar musim lalu yang menyaksikan mereka menamatkan Liga Perdana Inggeris di tangga ke-15.

Mbeumo dikatakan lebih cenderung menyertai United berbanding Tottenham dan Newcastle selepas ditawarkan gaji yang lebih tinggi daripada apa yang mampu ditawarkan oleh pencabar mereka.

Bagaimanapun, wartawan sukan di England, Jay Motty mengkritik cara United mengendalikan tawaran perpindahan selepas Mbeumo didakwa bakal menerima gaji mencecah £250,000 (RM1.52 juta) seminggu.

Menurutnya, Mbeumo yang menerima gaji mingguan £45,000 (RM259,418) sepatutnya diberikan gaji sekitar £150,000 (RM865,727) dan jumlah itu dianggap memadai selain United juga perlu mengelak melakukan kesilapan lama.

“Gaji seminggu £150,000 untuk pemain yang baru menjaringkan lebih 20 gol Liga Perdana dan berusia 25 tahun adalah sangat bersesuaian. Ini kontrak besar pertamanya.

“Jumlah £250,000 mungkin dilihat melampau dan terlalu terdesak. United perlu mengelak melakukan kesilapan lama seperti mana ketika mereka memberikan gaji kepada Alexis Sanchez £400,000 (RM2.4 juta), Jadon Sancho dan Casemiro £300,000 (RM1.17 juta),” katanya.

Perpindahan Mbeumo dijangka dimuktamadkan tidak lama lagi selepas Brentford menunjukkan kesediaan untuk menjual bintang mereka apabila menerima tawaran kedua United yang menawarkan bayaran lebih tinggi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI