fbpx
DI lokasi di Lake View Bertam, Kepala Batas inilah Nur Shazlin (gambar kecil) dilaporkan terlibat kemalangan ketika keluar membeli makanan dengan menunggang motosikal pada 26 Mei lalu.

Siapa langgar Nur Shazlin Nabilah?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Seorang modelyang juga jurumekap sambilan, Nur Shazlin Nabilah Mohd. Sharif, 23, masih tidak sedarkan diri selepas 31 hari dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Neurologi, Hospital Pulau Pinang (HPP) akibat kemalangan motosikal di Lake View Bertam, Seberang Perai Utara pada 26 Mei lalu.

Kejadian yang menimpa pelajar semester empat Institut Latihan Kementerian Kesihatan (Kejururawatan) di Bertam itu turut meninggalkan kesan kepada seluruh ahli keluarga yang sehingga kini masih tidak mengetahui punca sebenar kejadian yang berlaku.

Bapa mangsa, Mohd. Sharif Ali, 51, berkata, dia dan isteri, Noor Hafliyana Md. Dali, 47, terpaksa menghadapi dugaan berat itu dan berharap anak mereka Kembali sembuh seperti sedia kala.

“Kami hanya mahu dia sedar dan kenal ahli keluarga. Saya rindu mahu dengar panggilan abah dan mama daripada kakak Nur Shazlin (nama panggilan keluarga).

“Hari ini (semalam), genap 31 hari kakak terlantar di katil wad setelah lima kali menjalani pembedahan di kepala, muka, kerongkong dan rahang. Dia ha­nya sesekali buka mata sebelah kiri, itupun tidak lama,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Mohd. Sharif yang bekerja sebagai Pengurus Kualiti di sebuah kilang di Perai berkata, dia sebenarnya tidak sanggup melihat penderitaan yang dihadapi Nur Shazrin lebih-lebih lagi sehingga kini punca sebenar kemalangan masih belum terjawab.

“Sehingga ke hari ini, kami tidak tahu kejadian sebenar yang berlaku kepada kakak. Sedih lihat keadaan dia (kakak) ketika ini. Akibat kemalangan itu, dia mengalami retak tengkorak kepala, patah tulang dahi, kening, pipi kiri dan kanan, tangan kanan serta hidung.

“Rahangnya juga patah dan kulit kelopak mata, pipi, bibir sebelah kiri terkoyak. Sejak mula dimasukkan ke Hospital Kepala Batas, Hospital Seberang Jaya sebelum dipindah ke Hospital Pulau Pinang, keadaan kakak masih sama,” katanya.

Justeru, Mohd. Sharif merayu dan memohon kepada mana-mana saksi utama atau si pelaku untuk tampil berjumpa mereka sekeluarga bagi membantu me­rungkai kejadian sebenar.

“Adakah kakak jatuh angkara mengelak haiwan di tengah jalan atau menjadi mangsa ragut? Adakah kakak terbabas sendiri, langgar lari ataupun dihimpit kenderaan lain semasa dia dalam perjalanan keluar membeli makanan di luar hostel? Semuanya itu jadi persoalan serta andaian.

“Setakat ini, tiada rakaman video papan pemuka (dashcam) dari mana-mana kenderaan dan televisyen litar tertutup (CCTV) yang diperoleh di lokasi kejadian.

Ini yang lebih menyukarkan kami,” jelasnya yang kini bergilir-gilir menjaga Nur Shazlin bersama isteri setiap hari.

Difahamkan, Nur Shazrin yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 dilaporkan terlibat kemalangan di Lake View Bertam, Kepala Batas kira-kira pukul 5.15 petang pada 26 Mei lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN