PETALING JAYA – Tindakan cuai seorang pemandu meletakkan kenderaan di selekoh jalan mengundang padah apabila keretanya bergesel dengan sebuah lori kontena sehingga menyebabkan kesan calar pada bahagian sisi kenderaan.
Kejadian itu dirakam dan dimuat naik menerusi satu hantaran video di TikTok oleh @Pofoyofo yang memaparkan sebuah lori sedang melalui selekoh sempit sebelum bergesel dengan kereta yang diparkir di lokasi tersebut.
Difahamkan, kawasan tersebut bukan tempat letak kenderaan dan tindakan meletakkan kenderaan di selekoh jalan telah menghalang laluan lori berkenaan.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen menyalahkan pemilik kereta berkenaan.
“Parkir dekat selekoh, memang itu makan dia,” komen Julia.
“Kali ini, saya sokong abang lori. Siapa suruh parkir dekat tepi jalan,” kata Jay.
“Tak payah kasihan, ini bukan salah lori tetapi salah kereta tu sebab mana boleh parkir dekat situ,” ujar Wan Irfan. – KOSMO! ONLINE
@pofoyofo Replying to @shinnyusha ♬ original sound – Benji