fbpx

Masjid dibuka hanya waktu solat, cetus perdebatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan masjid itu dikunci dan akan dibuka pada waktu solat. - TikTok

JAKARTA – Sebuah masjid di Depok, wilayah Jawa Barat menerima kecaman ramai kerana dibuka hanya pada waktu solat, lapor portal berita Lambe Turah semalam. 

Kejadian berlaku di Masjid Jami’ Al-Mubaarok, Depok Timur. 

Keputusan itu dibuat selepas masjid tersebut kerap dijadikan tempat kanak-kanak bermain. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @remajamasjidalmubaarok menunjukkan sepanduk yang dipasang pada pagar masjid. 

“Dibuka pada solat lima waktu,” tulis sepanduk itu.

Rakaman video itu mencatatkan lebih 3.6 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Pecat pengurus masjid!” kata seorang netizen. 

“Bila nak bangunkan masjid, minta sumbangan. Sudah sumbang, buat macam harta peribadi pula,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI