fbpx

Giliran CNN, New York Times kena marah dengan Trump

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DONALD TRUMP - Foto AFP

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump meluahkan kemarahan terhadap akhbar New York Times dan saluran berita CNN yang dianggapnya membuat laporan palsu mengenai kesan pengeboman AS terhadap tiga kemudahan nuklear Iran, lapor portal berita MailOnline semalam.

Trump membuat catatan itu di media sosial Truth Social miliknya dari Belanda, tempat beliau menghadiri sidang kemuncak Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

“Berita palsu CNN bersama-sama dengan New York Times yang gagal telah bergabung ​​untuk cuba merendah-rendahkan salah satu serangan tentera paling berjaya dalam sejarah.

“Tapak-tapak nuklear di Iran dihancurkan sepenuhnya,” tulisnya. 

Penilaian perisikan bocor kepada CNN sebelum ia menulis bahawa serangan ke atas  tiga kemudahan nuklear Iran Ahad lalu hanya menghalang program nuklear Tehran untuk kembali aktif selama beberapa bulan.  

Setiausaha Akhbar White House, Karoline Leavitt juga menolak laporan kedua-dua media itu dengan menganggapnya sebagai percubaan jelas untuk merendahkan kemampuan pentadbiran Trump. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI