TEHRAN – Sekurang-kurangnya 11 orang maut, manakala 24 lagi cedera selepas sebuah penumpang terbalik di wilayah Markazi, tengah Iran, lapor laman berita News AZ.
Kemalangan berlaku sekitar pukul 4.48 pagi (waktu tempatan) di lebuh raya Saveh-Hamedan semalam.
Seorang pegawai perubatan tempatan, Hamid Abreh Dari berkata, pasukan kecemasan beserta lima ambulans dan bas ambulans telah dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Kesemua mangsa yang cedera dibawa ke hospital berhampiran untuk rawatan lanjut,” kata Dari.
Masih belum diketahui bagaimana bas itu terbalik.
Pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca kemalangan. – AGENSI
















