Puas apabila berjaya menaikkan ikan.

K2

Lumut International Kayak Fishing Challenge 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Pertandingan ini menampilkan sedikit kelainan apabila ia telah tersenarai dalam salah satu siri jelajah yang akan dijalankan di seluruh negara.

Selain itu, pihak Silverstate Kayak Fishing Club (SKFC) telah menambah satu lagi kategori iaitu Berkumpulan.

Seramai 50 orang peserta dari dalam dan luar negara telah menyertai pertandingan kali ini.

Acara
Seawal pukul 7 pagi, para peserta telah mula bersiap untuk turun ke laut. Keadaan laut juga elok dan banyak memudahkan peserta untuk menurunkan kayak masing-masing.

Norhaslinda Zakaria iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri Lumut turut meluangkan masa, dan sete­rusnya merasmikan pertandingan ini.

Dalam ucapannya, beliau menekankan aspek keselamatan yang wajib diambil berat oleh semua peserta bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

Sekitar pukul 9 pagi, semua peserta telah dilepaskan untuk berjuang memenangi hadiah di podium.

Bagaimanapun, keadaan air laut yang lenang pada awalnya cepat berubah.

Sekitar pukul 11 pagi, angin mula bertiup kencang sehingga menyebabkan keadaan laut mula bergelora.

Bagi peserta yang baru berjinak-jinak dengan kayak, mereka terpaksa naik awal ke pantai kerana tidak mampu mengharungi keadaan laut bergelora.

Sesi bergambar bersama semua peserta.

Bagi peserta yang berpengalaman, sudah pasti mereka lebih tegar dan bertahan sehingga tamat masa pertandingan.

Banyak spesies ikan berjaya dinaikkan peserta, antaranya adalah gerepoh, alu-alu, jenahak dan kerapu.

Pertandingan secara rasminya telah ditamatkan pada pukul 6 petang dan sesi penyampaian hadiah berlangsung pada pukul 8 malam.

Menurut Presiden SKFC, Aziz Abdullah, pertandingan yang telah dijalankan itu turut melibatkan peserta dari luar negara iaitu Thailand dan Singapura.

Dia berkata, selain bertanding, pertandingan seumpama itu diharap­kan dapat mengeratkan lagi tali persahabatan antara pemancing terutama yang tinggal di luar negeri Perak dan negara jiran.

Menurutnya lagi, program itu telah mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak terutama agensi kerajaan seperti Majlis Perbandaran Manjung (MPM) yang turut meletakkan aktiviti tersebut di dalam kalendar pelancongan daerah Manjung.

Pihak SKFC juga bertuah kerana banyak syarikat telah bermurah hati untuk menaja hadiah-hadiah kepada peserta.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah menyahut cabaran bagi menyertai Lumut International Kayak Fishing Challenge 2025.

Semoga kita berjumpa lagi pada tahun depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN