fbpx

[VIDEO] ‘Cik B cerita pasal abang dia, aku bergenang air mata’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perkongsian Cik B di TikTok Sembang Seram.

PETALING JAYA – Pempengaruh media sosial, Cik B berkongsi pengalaman paling menyayat hati dalam hidupnya apabila kehilangan dua abang tersayang dalam satu kejadian kebakaran ketika usianya baru mencecah lapan tahun.

Menurut Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlyn Zamileen Muhammad Amin, 20, dua abangnya yang masing-masing berusia 11 dan 12 tahun maut selepas terperangkap di dalam bilik air ketika cuba menyelamatkan diri daripada kebakaran yang berlaku di sebuah rumah pekerja berhampiran kediaman mereka.

“Abang saya sempat ditarik keluar, tapi sebab takut, mereka masuk semula ke tandas dan sembunyi bawah singki. Mereka tidak terbakar, tapi meninggal dunia sebab terhidu asap,” katanya menerusi satu perkongsian video yang kini tular di media sosial.

Tambah Cik B, kedua-dua abangnya sangat rapat dengan ibunya, usahawan terkenal Datuk Seri Vida dan banyak membantu menyediakan hidangan sahur ketika bulan Ramadan termasuk menyuapkan makanan kepadanya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh dengan kisah yang dikongsikan dan memberikan kata-kata semangat kepada Cik B serta keluarganya.

“Cik B cerita, saya yang mendengar berlinang air mata. Semoga Cik B dan keluarga terus kuat,” ujar Lisa Lin.

“Sumpah aku sedih, nak-nak lagi bab abang suap makan, pergh tak boleh bayang aku,” kata seorang pengguna.

“Kakak yang sedih dengar cerita Cik B. Suka dengar dia bercakap. Moga dipermudahkan segala urusan Cik B,” komen Liza. – KOSMO! ONLINE

@sembangseram sedihnya dengar kisah ni, Alfatihah buat abang2 CikB #Sembangseram #CikB #Ceritaseram #Kisahseram #Kisahhantu #Ceritahantu #Safwannazri #Safwannazripod #Safwannazripodcast ♬ original sound – sembangseram

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI