fbpx

STPM: Anak kembar pemandu bas cemerlang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirah Bazilah (dua dari kiri) dan Amirah Basirah (dua dari kanan) bersama ibubapa mereka selepas menerima sijil STPM di SMK Bukit Sawa, Marang hari ini.

MARANG – Amalan membaca surah al-Waqiah dan Yasin setiap hari dan bangun seawal jam 3 pagi untuk belajar antara amalan pasangan kembar perempuan yang  memperoleh keputusan cemerlang dalam keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang diumumkan hari ini.

Amira Bazilah Mohd. Arizan,18, dan kakak kembarnya, Amira Basirah yang kedua-duanya memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif 4.0 menjadikan amalan membawa dua surah terbabit sebagai sumber kekuatan rohani.

Dia yang menetap Kampung Gondang, di sini berkata, mereka yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Sawa sentiasa melakukan aktiviti atau amalan harian bersama-sama.

“Saya dan kakak kembar sering menunaikan solat sunat. Kami berdua yakin yakin dengan kekuatan doa.

“Kami juga fokus di dalam kelas dan seolah-olah saling menjadi ‘guru’ antara satu sama lain,” katanya ketika ditemui di SMK Bukit Sawa di sini hari ini.

Mereka merupakan anak ketiga serta keempat pasangan Mohd. Arizan Kasim,54, dan Faridah Jemahat,50, yang masing-masibf merupakan seorang pemandu bas dan suri rumah.

Amira Bazilah berkata, keputusan cemerlang yang diperoleh dia dan kakak kembar merupakan hadiah istimewa buat ibu bapa, pengetua, guru – guru yang sentiasa mendoakan dan berikan sokongan.

Katanya, dia dan Amira Basira berhasrat untuk menyambung pelajaran di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) demi cita-cita bergelar pendidik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI