fbpx

Ibu tunggal tidak mengaku ‘jual’ anak kandung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERTUDUH mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Teluk Intan hari ini atas dua pertuduhan memperdagangkan anak perempuannya bagi tujuan eksploitasi seksual sejak tiga lalu. - FOTO/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/KOSMO!

IPOH – Seorang ibu tunggal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan memperdagangkan anak perempuannya bagi tujuan eksploitasi seksual sejak tiga lalu.

Tertuduh yang berusia 44tahun membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Azizah Ahmad.

Suri rumah itu didakwa memperdagangkan anak kandungnya yang berusia 17 tahun bagi tujuan eksploitasi seksual di sebuah rumah di Sitiawan pada 2022 hingga 3 September 2023.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14 dan Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 kerana menggunakan kekerasan memaksa mangsa bekerja sebagai pekerja seks.

Bagi pertuduhan kedua, kesalahan dilakukan di kediaman sama pada 4 September 2024 sehingga 7 Jun lalu.

Tertuduh dibenarkan diikat jamin sebanyak RM14,000 selain perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap sebulan, tidak mengganggu saksi termasuk dua lagi anak berusia 16 dan 19 tahun.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan wanita itu bertemu dua anaknya sekiranya mereka bersedia, namun perlu kehadiran pegawai penyiasat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI