fbpx

Norliyana elak ‘pisang berbuah dua kali’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORLIYANA mencipta sensasi apabila menjuarai acara lompat tinggi Terbuka Thailand dengan catatan 1.75m di Bangkok kelmarin.

RATU heptatlon negara, Norliyana Kamaruddin tidak boleh melakukan kesilapan sama sewaktu Sukan SEA Kemboja 2023 menjelang penganjuran edisi kali ini di Thailand dijadualkan bermula 9 hingga 20 Disember depan.

Norliyana, 34, pulang dengan tangan kosong ketika itu apabila meraih tempat kelima heptatlon dengan 4,846 mata selain kesilapan percaturan tidak mendaftar namanya beraksi dalam acara kegemarannya iaitu lompat tinggi.

Apa tidaknya, dia melepasi had ketinggian 1.81m bagi disiplin lompat tinggi dalam heptatlon, jauh mengatasi catatan pemenang pingat emas bagi acara sebenar lompat tinggi, 1.79m yang dimenangi atlet Thailand, Thanlada Thongchomphunut

Kini, Norliyana seakan kembali menemui tahap terbaiknya susulan kejayaan meraih pingat emas lompat tinggi Terbuka Thailand menerusi catatan 1.75m di Pusat Olahraga Kebangsaan, Bangkok kelmarin.

Had ketinggian itu boleh dianggap sudah melayakkannya ke Sukan SEA Thailand 2025 dalam kategori A kerana mengatasi catatan pemenang pingat gangsa Sukan SEA Kemboja 2023 iaitu 1.73m dilakukan Michelle Sng Suat Li dari Singapura.

Rekod peribadi Norliyana adalah 1.82m dan jika momentum sedia ada dapat diteruskan, tidak mustahil dia mampu merampas gelaran ratu lompat tinggi Asia Tenggara dengan rekod baharu kebangsaan bagi acara itu yang dipegang Yap Sean Yee menerusi catatan 1.83m. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN