fbpx

Man. United lancar bidaan baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MBEUMO (kiri) menjadi buruan United yang dilihat mampu mengubah nasib pasukan itu musim depan. - AFP

MANCHESTER – Manchester United dilaporkan membuat bidaan baharu melebihi £60 juta (RM343.07 juta) bagi mendapatkan penyerang Brentford, Bryan Mbeumo selepas tawaran awal mereka ditolak.

Sebelum ini, The Red Devils menghantar tawaran berjumlah £45 juta (RM257.30 juta) dengan tambahan £10 juta (RM57.18 juta) sebagai bonus prestasi untuk mendapatkan khidmat penyerang Cameroon itu, namun ia ditolak Brentford.

Mbeumo, 25, dijangka menjadi pemain kedua yang dibawa masuk ke Old Trafford musim panas ini selepas perpindahan bernilai £62.5 juta (RM358.29 juta) melibatkan Matheus Cunha dari Wolves.

Difahamkan, Pengurus United, Ruben Amorim mahu memperkukuhkan skuad sebelum mereka kembali menjalani latihan pramusim pada 7 Julai ini dalam usaha mengubah nasib pasukan yang hambar musim lalu.

Selain United, pengendali baharu Tottenham Hotspur, Thomas Frank turut berminat untuk bersatu semula dengan Mbeumo, manakala beberapa kelab dari Liga Juara-Juara juga menunjukkan minat terhadap pemain itu.

Sumber terdekat kelab menyatakan Brentford hanya akan mempertimbangkan tawaran yang sekurang-kurangnya menyamai nilai Cunha sebelum bersetuju melepaskan Mbeumo, yang masih berbaki setahun dalam kontraknya.

Musim lalu, Mbeumo mempamerkan aksi cemerlang apabila menjaringkan 20 gol dan mencatat sembilan assist untuk membantu Brentford kekal bersaing dalam Liga Perdana Inggeris, menjadikan pengalaman liga sebagai nilai tambah penting buat Amorim. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI