fbpx

Misil Iran ragut 4 lagi nyawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH bangunan rosak teruk akibat bedilan misil Iran di kawasan Beersheba, selatan Israel hari ini. – AFP

TEL AVIV – Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh di Israel dalam gelombang serangan peluru berpandu Iran hari ini, sejurus sebelum gencatan senjata berperingkat yang diumumkan Presiden Donald Trump mula berkuat kuasa, kata perkhidmatan kecemasan dan tentera.

Perkhidmatan kecemasan Israel, Magen David Adom menyatakan di laman X bahawa  tiga orang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dalam serangan di Beersheba, dengan mangsa keempat dikenal pasti tidak lama kemudian.

“Dua orang lagi mengalami ‘cedera sederhana’,  manakala 20 mangsa dirawat kerana cedera ringan dan trauma,” kata Magen David Adom.

Rakaman AFP dari tempat kejadian menunjukkan pasukan penyelamat menggeledah celah  runtuhan dan kepingan konkrit untuk mencari mangsa terselamat.

Siren amaran berbunyi di seluruh Israel selama dua jam bermula pada waktu dari subuh ketika Iran melancarkan enam gelombang peluru berpandu, demikian menurut tentera Israel.

Sekitar pukul 8 pagi (waktu tempatan) tentera Israel berkata, orang ramai boleh meninggalkan pusat-pusat perlindungan bawah tanah.

Tahap kerosakan selepas perang Iran-Israel yang berlanjutan selama 12 hari tidak diketahui disebabkan penapisan pihak tentera. Bagaimanapun, sekurang-kurangnya 50 impak  misil Iran disahkan di seluruh Israel dengan angka kematian rasmi seramai 24 orang setakat semalam.

Sepanjang tempoh sama, sistem pertahanan udara Israel turut memintas lebih 500 peluru berpandu Iran dan kira-kira 1,000 buah dron.

Pengumuman gencatan senjata oleh Trump di media sosial lewat malam bakal menyaksikan Iran dan Israel menghentikan serangan secara berperingkat. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI