fbpx

Penduduk tinggalkan Bali, kos sara hidup tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beratus-ratus orang beratur di Pelabuhan Benoa, Bali baru-baru ini. - Facebook

JAKARTA – Satu klip video tular memaparkan keadaan sebuah pelabuhan di Bali dipenuhi orang yang ingin pulang ke kampung halaman mereka kerana tidak mampu menanggung kos sara hidup di wilayah itu, lapor portal berita Detik semalam. 

Kejadian berlaku di Pelabuhan Benoa dekat bandar Denpasar baru-baru ini.

Rakaman video yang dimuat naik di laman Facebook menunjukkan beratus-ratus orang terutamanya perantau dari wilayah Nusa Tenggara Timur, berbaris untuk mendapatkan tiket. 

“Beratus-ratus penduduk dari wilayah Nusa Tenggara Timur mahu keluar dari Bali akibat susah mencari kerja, tempat tinggal dan kos sara hidup yang tinggi,”demikian menurut keterangan video itu. 

Ketua Urusan Operasi dan Perkhidmatan PT Pelni Cawangan Denpasar, Hendra Nugraha berkata, suasana itu merupakan perkara biasa di pelabuhan.

Rakaman itu mencatatkan lebih 2.3 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Kalau merantau negeri orang, jangan buat masalah,” kata seorang netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI