fbpx

Strategi ‘simpan’ tayar julang Qabil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
QABIL (tengah) cemerlang apabila berjaya mengungguli Perlumbaan 2 ESBK Talent di Litar Catalunya kelmarin.

BINTANG muda sukan permotoran negara, Qabil Irfan Azlan meneruskan dominasi dalam saingan Kejuaraan Superbike Sepanyol (ESBK) 2025 apabila memenangi Perlumbaan 2 yang berlangsung di Litar Catalunya, Sepanyol.

Pada perlumbaan berlangsung malam kelmarin, Qabil yang beraksi dalam kategori ESBK Talent memulakan saingan di petak kedua dan berjaya mengekalkan rentak sebelum melintasi garisan penamat sebagai pemenang.

Strategi pelumba kelahiran Terengganu itu untuk menjimatkan penggunaan tayar sepanjang perlumbaan membuahkan hasil apabila dia mampu mengerah jentera ke tahap maksimum meskipun pada pusingan terakhir.

“Semasa perlumbaan, memang sukar juga untuk saya bagi menempatkan diri dalam kelompok pelumba di hadapan. Saya cuba melihat jika ada pelumba boleh memintas saya di selekoh ke-10.

“Bagaimanapun, saya tidak sempat untuk melakukannya kerana sudah dipintas (lebih awal). Sepanjang perlumbaan, memang saya ‘menyimpan tayar’ untuk (digunakan) di pusingan terakhir,” katanya.

Pada perlumbaan itu, Qabil bersaing hebat dengan dua pelumba, Alessio Arnold serta Nikola Miroslavov dan berjaya mengekalkan momentum untuk mengetepikan cabaran kedua-dua pesaing tersebut di selekoh terakhir.

“Ketika perlumbaan sudah memasuki pusingan terakhir dan menghampiri selekoh terakhir, memang saya yakin boleh lepas di situ. Bagi saya, cuaca juga kurang panas berbanding semalam (kelmarin),” ujarnya.

Keputusan itu menyaksikan Qabil mengekalkan aksi cemerlang selepas memenangi dua perlumbaan berturut-turut di Jerez pada April lalu selain menamatkan Perlumbaan 1 kelmarin di kedudukan kedua.

Menjelang perlumbaan seterusnya di Aragon pada 26 hingga 29 Jun ini, pelumba berusia 13 tahun itu berada dalam landasan terbaik untuk mencabar takhta kejuaraan ESBK Talent apabila sudah mengumpul 95 mata keseluruhan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI