fbpx

Rakyat Malaysia dari Iran tiba di tanah air malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Rakyat Malaysia yang telah selamat keluar dari Iran dijangka tiba di tanah air pada pukul 10.50 malam ini.

Wisma Putra memaklumkan, pada masa ini mereka menaiki penerbangan Turkmenistan Airlines, T5-647 dan sedang dalam perjalanan ke Malaysia melalui Bangkok, Thailand.

Mereka dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 1 menaiki penerbangan Malaysia Airlines, MH781 yang dijangka tiba malam ini.

“Proses membawa pulang warga Malaysia ini telah dilaksanakan oleh Kedutaan Besar Malaysia di Tehran dengan koordinasi bersama Kedutaan Besar Malaysia di Ashgabat dan Bangkok,” menurut penerangan pada jemputan liputan pihak media daripada Wisma Putra, hari ini.

Semalam Kosmo! melaporkan, kerajaan Malaysia telah mengambil langkah segera dan tegas dengan mengarahkan semua rakyat Malaysia yang berada di Iran untuk meninggalkan negara tersebut susulan perkembangan keselamatan yang membimbangkan di rantau itu.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dilaporkan berkata, kerajaan telah mengatur pelan evakuasi menyeluruh berikutan ketiadaan penerbangan keluar dari Tehran.

Media antarabangsa melaporkan, perang udara antara Israel dan Iran memasuki minggu kedua dengan pegawai-pegawai Eropah berusaha memujuk Tehran kembali ke meja rundingan, lapor portal berita Arab News semalam.

Usaha menarik Iran ke meja rundingan dibuat selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata, sebarang keputusan mengenai kemungkinan penglibatan AS dalam perang itu akan dibuat dalam tempoh dua minggu.

Sementara itu, Trump menyatakan hari ini bahawa tentera AS telah melancarkan serangan ke atas tiga tapak nuklear Iran, termasuk kemudahan pengayaan uranium bawah tanah di Fordow. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI