fbpx

Guna khidmat ‘rider’ sedangkan restoran depan rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG 'rider' menghantar pesanan makanan beberapa langkah dari restoran. - Foto TikTok/@kitchen_nee

BANGKOK –  Seorang pelanggan di Thailand memesan makanan menerusi aplikasi penghantaran sebelum menyedari restoran berkenaan terletak di hadapan rumahnya, lapor portal berita MSNews hari ini.

Satu rakaman video yang dimuat naik di platform TikTok memaparkan penunggang penghantaran cuma perlu berjalan beberapa langkah di seberang jalan untuk menghantar  pesanannya.

Klip video itu menjadi tular dan merekodkan lebih satu juta tontonan di TikTok.

Ramai netizen berkata, ia adalah penghantaran makanan yang paling pantas.

Seorang netizen berkongsi pengalaman sama dengan menulis bahawa dia membuat tempahan kopi dari sebuah kedai yang terletak di sebelah rumahnya.

Seorang lagi netizen memberitahu bahawa pelanggan itu mungkin ingin ‘berkongsi rezeki’ dengan penghantar makanan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI