fbpx

Adik remaja bunuh ibu, abang dibenarkan keluar hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HALYJAH Muhammad (kanan) ketika melakukan menziarahi seorang kakitangan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Azura Abdul Malek Yaher, 37, yang kehilangan suami dan anak bongsunya di Kampung Perigi Hang Tuah, Duyong, Melaka.

MELAKA – Adik bongsu kepada remaja berusia 17 tahun yang disyaki menikam ibu dan abangnya sehingga mati dalam kejadian di Taman Rambai Mutiara, Bukit Rambai pada 12 Jun lalu dibenarkan keluar hospital, semalam.

Mangsa yang berusia 13 tahun sebelum ini dilaporkan turut ditikam abangnya sehingga parah dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri, Halyjah Muhammad berkata, mangsa telah pulih daripada kecederaan dan kini di bawah jagaan bapa saudaranya di Petaling Jaya, Selangor.

“Remaja itu dibenarkan keluar dari hospital pada pukul 8 pagi semalam dan sepanjang tempoh rawatan dia dijaga oleh waris terdekat dan kita berpuas hati dengan komitmen ditunjukkan mereka.

“Dia juga tidak mengalami trauma serius dan menunjukkan perkembangan positif sepanjang dirawat di hospital,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menziarahi seorang kakitangan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Azura Abdul Malek Yaher, 37, yang kelmarin kehilangan suami dan anak bongsunya di Kampung Perigi Hang Tuah, Duyong di sini.

Dalam pada itu, Halyjah berkata, pihaknya turut bertemu abang mangsa yang kini ditahan susulan berdepan pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 326 kerana mengakibatkan kecederaan parah terhadap adik lelakinya itu.

Menurutnya, tertuduh berada dalam keadaan stabil termasuk aspek emosi dan fizikal serta ditempatkan di lokap berasingan daripada tahanan dewasa. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI