fbpx

Gyokeres dedah destinasi baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GYOKERES turut dikaitkan dengan perpindahan ke United, namun Arsenal didakwa bakal menjadi destinasi pilihannya. - AFP

LONDON – Arsenal semakin hampir mendapatkan khidmat penyerang Sporting Lisbon, Viktor Gyokeres selepas pemain itu dikatakan telah memaklumkan dia akan menyertai The Gunners pada musim panas ini.

Menurut laporan talkSPORT, Gyokeres sudah memilih Arsenal sebagai destinasi baharunya berbanding Manchester United yang turut berminat, sekali gus bakal menambah sengat jentera serangan The Gunners musim depan.

“Saya mendapat mesej 24 jam lalu mengatakan bahawa Viktor Gyokeres telah memberitahu rakan dan ahli keluarganya bahawa dia menjangkakan akan menyertai Arsenal,” kata Ketua Wartawan Bola Sepak talkSPORT, Alex Crook dalam siaran Breakfast Show.

Gyokeres, 27, telah menjadi buruan utama selepas tampil dengan aksi luar biasa musim lalu apabila menjaringkan 54 gol dalam 52 penampilan untuk Sporting, termasuk membantu kelab itu menjulang kejuaraan Liga Primeira.

Bagaimanapun, rundingan tidak berjalan mudah apabila Sporting enggan berkompromi mengenai harga perpindahan penyerang Sweden itu.

Pemain berusia 27 tahun itu mempunyai klausa pelepasan £85 juta (RM510 juta), tetapi kelab Portugal itu didakwa bersetuju untuk menerima sekitar £60 juta (RM358 juta).

Gyokeres sendiri memberikan reaksi penuh spekulasi mengenai kariernya musim depan dan berjanji untuk meleraikan segala teka-teki yang bertebaran ketika ini.

“Terdapat banyak cakap-cakap ketika ini, kebanyakannya palsu. Saya akan bercakap apabila tiba masanya,” katanya.

Jika perpindahan itu dimuktamadkan, ia akan menjadi pembelian pertama Arsenal pada jendela perpindahan musim panas, selepas menamatkan musim sebagai naib juara Liga Perdana buat kali ketiga berturut-turut kali ini 10 mata di belakang Liverpool. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI