fbpx

Pengasas Telegram wariskan RM59 bilion kepada lebih 100 anaknya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail pengasas Telegram, Pavel Durov. - Foto Twitter

PARIS – Pengasas aplikasi Telegram, Pavel Durov berkata, lebih 100 anaknya akan berkongsi kekayaan yang dianggarkan berjumlah AS$13.9 bilion (RM59 bilion), lapor Perbadanan Penyiaran British (BBC) semalam.

“Mereka semua adalah anak saya dan semua akan mempunyai hak yang sama! 

“Saya tidak mahu mereka berpecah antara satu sama lain selepas kematian saya,” kata Durov kepada majalah politik Perancis, Le Point.

Durov, 40, berasal dari Russia berkata, dia adalah bapa rasmi kepada enam anak oleh tiga pasangan berbeza.

Namun, klinik yang menjadi tempat pengasas platform itu menderma sperma untuk membantu rakan 15  tahun lalu memberitahunya bahawa dia mempunyai lebih 100 bayi telah dikandung oleh wanita di 12 negara.

Durov berkata, dia telah menulis wasiat kerana tugasnya melibatkan risiko kerana mempertahankan kebebasan bersuara menyebabkannya mempunyai ramai musuh. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI