fbpx

ASEAN komited tangani isu keciciran pelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina (kanan) memberikan ucapan aluan semasa Majlis Perasmian Sidang Meja Bulat Menteri-Menteri Pendidikan dan Menteri-Menteri Pendidikan Tinggi Asean di Langkawi, hari ini

LANGKAWI – Menteri-menteri Pendidikan di ASEAN komited untuk menangani isu keciciran pelajar di rantau itu menerusi tiga intervensi yang dipersetujui oleh semua delegasi terlibat.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, tumpuan diberikan kepada asas pembelajaran (foundational learning) dengan Malaysia sudah menerajui isu itu melalui perluasan prasekolah.

“Kita juga melihat keperluan daripada segi reformasi terkait rapat dengan teknologi termasuk kecerdasan buatan (AI) powered classroom (kelas dikuasakan kecerdasan buatan),” katanya selepas menghadiri Mesyuarat Dua Hala Menteri-menteri Pendidikan sempena Kepengerusian ASEAN, di sini hari ini.

Katanya, intervensi ketiga adalah mengangkat martabat guru dengan kalangan guru perlu diberikan latihan secukupnya untuk memastikan reformasi pendidikan bermula daripada unit paling kecil iaitu di bilik darjah.

Mengulas lanjut, katanya, pihaknya juga sedang melihat untuk meminda dasar pendidikan wajib melibatkan prasekolah dan sekolah menengah bagi mengelakkan keciciran seperti dilaksanakan di Brunei.

Namun begitu, katanya, sebelum melaksanakan dasar pendidikan wajib prasekolah, pihaknya akan memastikan prasarana, guru dan ekosistem prasekolah dalam keadaan terbaik.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI