JAKARTA – Seorang wanita di Indonesia mengundang kecaman orang ramai apabila dirakam menghantar dua anak perempuannya untuk mengemis di jalanan, lapor porta berita iNews semalam.
Kejadian dirakam di Pekanbaru, wilayah Riau baru-baru ini.
Rakaman dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @bank_j4brik menunjukkan wanita itu menunggang motosikal jenis Yamaha NMax yang dinaiki dua anaknya.
Mereka kemudian diturunkan di tepi jalan sebelum mengemis di sebuah kedai sambil membawa baldi kecil dan memakai kostum beruang.
Wanita tersebut dituduh menggunakan anak-anaknya untuk menarik belas kasihan masyarakat bagi mendapatkan wang dengan mudah.
Rakaman video itu menjadi tular sehingga menarik perhatian pemerintah Pekanbaru.
Ketua Perkhidmatan Sosial Kota Pekanbaru, Idurs berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan.
“Jika wanita itu didapati sengaja mengarahkan anak-anaknya mengenis, kami akan mengenakan tindakan yang sesuai,” tambah Idrus. – AGENSI