fbpx
ALASAN Allan tidak menggunakan cloud kerana bimbang penggodam akan menggunakan data disimpan untuk tujuan tidak baik.

Allan Andersn tolak guna sistem cloud

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SISTEM pengkomputeran awan atau cloud yang membolehkan data disimpan di pusat data maya bukanlah satu perkara yang mampu mengujakan penyanyi Indonesia, Allan Andersn.

Biarpun data yang disimpan boleh diakses dari mana-mana sahaja menggunakan sambungan internet dengan memiliki kelebihan dari segi kos, boleh skala dan kelajuan, namun tidak menarik minat pelantun lagu Jalan

Terbaiknya itu. Kata penyanyi berusia 34 tahun itu, dia lebih memilih menggunakan cakera keras luaran (external hard disk) kerana dirasakan keselamatan lebih terjamin dan tidak berlaku sebarang kebocoran data.

“Saya tidak mengatakan cloud itu bahaya tetapi sejak dahulu lagi saya memang tidak menggunakan kemudahan itu. Saya memang tiada niat untuk menyimpan data kerana bimbang data yang disimpan mungkin akan disalah guna oleh penggodam.

“Disebabkan itu saya selalu menggunakan external hard disk bagi mengelakkan data atau kandungan yang ada digunakan untuk tujuan yang tidak benar atau menggunakan gambar bagi tujuan pengiklanan tanpa kebenaran,” katanya kepada K-Tekno.

Mengulas mengenai penggunaan cakera keras luaran, Allan memberitahu, kecintaan terhadap aktiviti suntingan video membuatkan dia memerlukan ruang memori telefon yang besar.

PERMAINAN video dalam talian, Identity V menjadi kegemaran Allan sejak pertama kali mencubanya pada 2017.

Akuinya, biarpun sudah memiliki kapasiti 1 terabyte tetapi masih dirasakan belum cukup untuk menampung lambakan video yang sudah disunting dalam format 4K 60fps (bingkai per saat).

“Saya memiliki dua unit telefon jenis iPhone dan satu Samsung, saya sangat suka melakukan suntingan video dan disebabkan itu memori telefon mudah penuh.

“Saya memilih untuk menggunakan format 4K 60fps kerana ingin menjaga kualiti video agar masih boleh ditonton untuk jangka masa panjang dan tidak berada dalam keadaan kabur atau tidak terang.

“Teknologi saban tahun sentiasa berubah dan akan ada saja hal baharu yang muncul. Disebabkan itu saya berusaha memberikan yang terbaik atau ia masih relevan pada masa akan datang,” katanya.

Perbualan tentang gajet dan teknologi kemudian beralih kepada kesukaannya terhadap permainan video dalam talian iaitu Identity V. Dia sangat gemar menjadikannya sebagai ‘pembunuh waktu’ pada masa lapang sejak pertama kali mencuba pada 2017.

Meskipun bukan penggemar permainan video, namun Allan tidak menafikan Identity V berjaya menjadi satu-satunya permainan video dalam talian yang disukainya.

“Apabila sudah selesa dengan sesuatu perkara, saya akan jadi setia hanya kepada itu saja. Terus terang saya bukanlah seorang penggemar permainan video dan pada saat kawan-kawan lain sibuk bermain Mobile Legends, saya pula sebaliknya.

“Sebelum ini saya diperkenalkan oleh seorang kenalan dan hanya sekadar mahu mencuba. Kemudian saya mula jatuh cinta dan teruja untuk bermain sehingga ke hari ini.

“Memandangkan kerap bermain dengan pemain dalam talian, saya mengharapkan agar suatu hari dapat bermain dengan rakan-rakan secara nyata. Kalau boleh saya cuba untuk mempengaruhi rakan-rakan yang lain untuk bermain permainan video dalam talian ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN