fbpx

PM tinjau perkembangan pembinaan LCS di Lumut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (tengah) ketika melawat lokasi pembinaan LCS di Pangkalan TLDM Lumut hari ini. - ZULFACHRI ZULKIFLI/KOSMO!

LUMUT – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melakukan tinjauan terhadap perkembangan pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Beliau tiba di Lumut Naval Shipyard Sdn. Bhd. (LUNAS) yang berada dalam Pangkalan TLDM Lumut, kira-kira pukul 10 pagi.

Ketibaan Anwar disambut oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar, sebelum diberi taklimat mengenai kemajuan semasa pembinaan lima kapal LCS.

Beliau dan rombongan kemudian dibawa melawat LCS 1 di dermaga LUNAS kira-kira pukul 10.25 pagi dan berada di situ selama lebih kurang 15 minit, sebelum beredar.

Sehingga 25 Mei lalu, kemajuan kerja keseluruhan terhadap projek pembinaan LCS yang dicapai adalah sebanyak 72.43 peratus.

Kapal LCS 1 telah berjaya diluncurkan ke permukaan air mengikut jadual kontrak pada 23 Mei tahun lalu.

Ketika ini, LCS 1 telah pun memulakan fasa ‘Tetapan untuk bekerja’ (STW) mulai Mei lalu serta dirancang menjalani aktiviti pelayaran laut pertama pada Disember depan.

Bagi LCS 2 pula, kapal telah diturunkan ke air pada 8 Mei lalu dan sedang meneruskan kerja pembinaan seterusnya dirancang memulakan aktiviti STW pada September ini.

Selain itu, kemajuan kerja pembinaan bagi kapal LCS 3 hingga LCS 5 masih mengikut perancangan ditetapkan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI