fbpx

Tiga bulan kahwin, Sharifah Sakinah akhirnya tayang muka suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sakinah sebelum ini pernah mendedahkan sudah kembali berumah tangga namun enggan berkongsi secara terperinci perihal suaminya itu.

PETALING JAYA – Selepas tiga bulan mendirikan rumah tangga, pelakon Sharifah Sakinah akhirnya berkongsi wajah suaminya, Cyril Kongo.

Individu terbabit didakwa sebagai suami kepada pemilik nama lengkap Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 36, selepas aktres itu menggelarkan lelaki terbabit sebagai ‘laki’ atau suami.

“Tahukah anda, laki saya kuat menyakat saya,” katanya dalam InstaStory.

Kedua-dua mereka dilihat menghadiri acara sebuah jam tangan mewah di Bali, Indonesia.

Menerusi pemerhatian, Cyril merupakan seorang pelukis asal Perancis yang banyak menghasilkan mural dinding.

Sebelum ini pelakon drama Girlfriend Aku Dari Neraka itu pernah mendedahkan sudah kembali berumah tangga namun enggan berkongsi secara terperinci perihal suaminya itu.

Sakinah pernah mendirikan rumah tangga dengan Aliff Adha pada 2015 namun bercerai pada 2020.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Anais Adha yang kini berusia 8 tahun.

Selepas itu, dia kembali bertemu jodoh dengan lelaki asal Sweden bernama Michael hansen pada 2021 dan berakhir dengan perceraian dua tahun kemudian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI