fbpx
Tangkap layar seorang lelaki dipercayai kurang siuman sedang terbaring di kaki lima sebuah bangunan kedai di Sungai Besar.

‘Orang tak betul’ tidur depan kedai seminggu, peniaga wanita resah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang peniaga di bandar Sungai Besar bimbang selepas seorang lelaki dipercayai mengalami gangguan mental tidur di hadapan premisnya sejak seminggu lalu.

Menerusi perkongsian di laman sosial, wanita dikenali sebagai Nani menyatakan kegusaran terhadap keselamatan dirinya serta pelanggan apabila lelaki itu bukan sahaja tidur di tepi kedainya, malah meracau dan mencetuskan suasana tidak selesa.

“Orang tak betul ini macam bahaya juga, dah seminggu tidur tepi kedai saya. Tarik (jatuhkan) iklan kedai,meracau. Tadi peronda datang, dia lari. Harap tak datang lagi buat kacau,” tulisnya.

Netizen lain turut berkongsi pengalaman sama, termasuk tindakan lelaki itu mengetuk kenderaan dan memaksa orang ramai memberi wang.

“Kalau dia nii saya takut. Sebab dia macam kacau orang. Dengan perempuan sorang yang selalu minta duit kat Maybank Sabak itu. Paksa-paksa orang, ketuk kereta, tangkap… Jadi takut saya. Kalau tak kacau orang tak apa. Peronda kena hari-hari ronda, takut bahayakan orang,” komen Norfazilah Ali.

“Dulu dia suka duduk dekat Segi Sabak Bernam. Polis pernah ambil dia, tapi tak lama ada balik. Dia memang suka tidur dekat dengan kedai orang, suka buat perangai menakutkan,” tulis Nur Aina Najwa.

“Buat laporan semula sebab dah mengancam keselamatan awam. Nak tak nak perlu ditangkap oleh pihak berkuasa untuk dibawa buat rawatan sepatutnya,” kata Iwan Shah.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI