fbpx
Keadaan kebakaran sebuah gereja dalam kejadian di Taman Midah, semalam.

Gereja ‘The Lutheran’ musnah terbakar di Taman Midah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Sebuah gereja musnah terbakar dalam kejadian di Jalan Midah 10A, Taman Midah, di sini, semalam.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.38 malam sebelum menggerakkan seramai 35 anggota dan lima jentera ke tempat kejadian.

Katanya, keluaran daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Razak, Jalan Hang Tuah, Cheras dan Sungai besi melibatkan tiga jentera Fire Rescue Tender (FRT), tiga Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) serta sebuah tangki air dan utiliti.

Menurut Komander Operasi Kanan, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd. Azizi Abdullah, kebakaran melibatkan bangunan kelas A satu tingkat yang merupakan sebuah gereja dikenali ‘The Lutheran Church’.

“Kebakaran tersebut menyebabkan kemusnahan sebanyak 80 hingga 90 peratus dan berjaya dikawal sekitar pukul 9.21 malam.

“Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan Unit Forensik JBPM,” katanya dalam kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI