fbpx

‘Trick’ curi air depan kubur kantoi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kegiatan mencuri air dari saluran paip awam depan tanah kubur terbongkar.

PETALING JAYA – Tindakan beberapa individu dipercayai mencuri air dari saluran paip awam berhampiran kawasan perkuburan di Kampung Likas, Sabah terbongkar.

Lebih mengejutkan, aktiviti itu berlaku secara terang-terangan di depan kubur, seolah-olah tiada rasa bersalah atau takut disumpah nenek moyang.

Menerusi video tular di aplikasi TikTok, kelihatan wayar paip air disambung secara haram ke bahagian longkang, dipercayai digunakan oleh pendatang asing tanpa izin.

“Orang tempatan pun beli air, mereka pula memandai mahu air free (percuma),” kata @a_6527.

“Patutlah tiada air di UMS (Universiti Malaysia Sabah) rupa-rupanya ada yang ‘tapau’ (ambil) dari sumber ghaib,” kata @Kimieeeeee.

“Dah tahu sambungan tu di mana? Kalau dah tahu boleh buat report (laporan) pergi balai poliskah,” balas Lydia Yong.

Tinjauan di ruangan komen mendapati ramai pengguna menuntut agar pihak berkuasa tempatan dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara menyiasat kejadian berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI