fbpx

Asyik berpesta, penumpang tidak sedar bot terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah bot terbakar di City Island kelmarin. - X

BANDAR RAYA NEW YORK – Lebih 20 penumpang terpaksa terjun ke dalam laut selepas bot yang mereka naiki terbakar berdekatan sebuah pulau di negeri New York, lapor akhbar The Sun UK. 

Kejadian berlaku sekitar 8.30 malam (waktu tempatan) di Bronx dekat pulau City Island kelmarin. 

Rakaman dimuat naik di media sosial menunjukkan penumpang yang sedang berpesta, menjerit ketakutan melihat api pada bahagian belakang bot. 

Jabatan Bomba New York (FDNY) berkata, tiga daripada 22 penumpang ditarik keluar dari dalam laut dengan seorang parah. 

“19 penumpang yang lain terjun ke dalam laut dan berenang ke pantai di Pulau Hart untuk menyelamatkan  diri. 

“Mereka diselamatkan oleh Jabatan Polis New York (NYPD) dengan bot FDNY,” kata pihak bomba.

Kira-kira 21 orang mengalami kecederaan ringan dan dirawat di hospital berdekatan, demikian menurut NYDP. 

“Pemandu bot bernama Joshua Brito ditahan kerana memandu bot di bawah pengaruh alkohol,” tambahnya. 

Siasatan untuk mengenal pasti punca kebakaran sedang dijalankan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI