fbpx

17 maut kemalangan hari kedua Aidiladha – JSPT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Sebanyak 1,413 kes kemalangan dengan 17 kematian direkodkan di seluruh negara pada hari kedua Aidiladha semalam.

Statistik harian itu dikeluarkan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman sekali gus menyaksikan peningkatan sebanyak 136 kes kemalangan berbanding hari sebelumnya.

Bagaimanapun, jumlah kematian menunjukkan penurunan sebanyak sembilan kes meskipun jumlah nahas jalan raya meningkat.

Pada hari pertama Aidiladha, JSPT Bukit Aman menerima sebanyak 1,277 kes kemalangan membabitkan 26 kematian.

Justeru, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan mematuhi undang-undang jalan raya bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini yang boleh mengorbankan nyawa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI