PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di tiga negeri susulan cuaca buruk sehingga pukul 12 tengah hari ini.
Menerusi satu kenyataan, MetMalaysia menjelaskan, amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda seluruh negeri Kedah melibatkan kawasan Kuala Muda, Sik, Baling dan Kulim.
“Di Pulau Pinang, hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang dijangka melanda daerah Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah.
“Manakala, Perak pula melibatkan kawasan Manjung dan Bagan Datuk,” lapor MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE