PETALING JAYA- Aliran trafik menuju ke ibu negara sesak sejauh 6 kilometer (km) dari Genting Sempah menghala ke Plaza Tol Gombak petang ini susulan pergerakan pulang perantau selepas cuti Aidiladha.
Menerusi gambar yang dikongsi Astro Radio Trafik di Facebook, ribuan kenderaan dari Pantai Timur masih terperangkap dalam kesesakan sejak tengah hari tadi.
Keadaan sama turut dilaporkan dari Karak ke Lentang di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak sehingga menyebabkan kelewatan selama dua jam.
Sementara itu, di Lebuh Raya Utara-Selatan pula, trafik dilaporkan perlahan di beberapa laluan menghala ke selatan termasuk Kuala Kangsar ke Terowong Menora, Gopeng ke Sungkai dan Bukit Tagar ke Rawang. – KOSMO! ONLINE