fbpx

‘TikToker’ Khaby Lame ditahan imigresen AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khaby Lame di Milan pada 18 September 2024. - AFP

WASHINGTON – Pempengaruh media sosial yang paling ramai pengikut di dunia, Khaby Lame ditahan ejen imigresen Amerika Syarikat (AS) sebelum dibebaskan kerana tinggal melebihi tempoh sah visa.

“Penguatkuasa Imigresen dan Kastam AS menahan Seringe Khabane Lame, 25, di Lapangan Terbang Antarabangsa Harry Reid, Las Vegas, negeri Nevada kelmarin kerana pelanggaran peraturan imigresen.

“Lame memasuki AS pada 30 April lalu dan tinggal melebihi tempoh visanya,” kata agensi itu dalam satu kenyataan kepada AFP sambil menambah bahawa Lame dibebaskan pada hari sama.

Pempengaruh TikTok warganegara Itali yang juga duta muhibah Tabung Darurat Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) itu telah meninggalkan AS.

Lame menduduki tempat teratas dalam platform TikTok dengan 162.2 juta pengikut. 

Dia menjadi terkenal kerana video-video lucunya memaparkan dia tidak bercakap walau sepatah, namun hanya menggunakan isyarat tangan serta bahasa tubuh untuk menjelaskan sesuatu perkara. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI