fbpx

Diserang strok kali ke-4, penyanyi popular ditidurkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYANYI era 1990-an Sheqal kini ditidurkan di dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan sejak Khamis lalu.

PETALING JAYA – Diserang angin ahmar buat kali keempat, penyanyi popular era 1990-an, Sheqal ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan sejak Khamis lalu.

Isterinya, Normah Mohd Yusoff, berkata, tahap oksigen suaminya yang turut menghidap penyakit tiga serangkai menurun serta jangkitan kuman pada paru-paru memerlukannya ditidurkan.

“Saya terus hubungi ambulans sebaik serangan strok berlaku dan selepas pemeriksaan paras oksigennya menurun sampai 62 peratus sebelum terus dibawa ke hospital.

“Ikutkan dalam tempoh beberaapa tahun kebelakangan ini sudah empat kali serangan strok terjadi selain penyakit buah pinggang tahap empat, darah tinggi dan kencing manis,” katanya.

Berkongsi keadaan terkini penyanyi lagu Nusantara itu, doktor memaklumkan sudah nampak perkembangan positif biarpun masih ditidurkan.

“Dia masih ditempatkan di ICU dan memerlukan pemeriksaan lebih lanjut
Difahamkan imbasan CT Scan juga sudah dibuat malam tadi.

“Alhamdulillah kata petugas hospital pagi tadi paras oksigennya sudah naik tetapi masih dalam pemantauan,” ujarnya.

Khabar keadaan Sheqal atau nama sebenarnya Shahrin Salehuddin dikongsikan Presiden Konsortium Industri Muzik Malaysia atau IRAMA, Ayob Abd Majid menerusi Facebook.

“Beliau sedang dirawat di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. Mohon semua rakan dan kenalan mendoakan agar Sheqal segera pulih dan kembali sihat. Doa anda semua sangat bermakna pada saat-saat begini,” katanya.

Terdahulu, penyanyi berusia 60 tahun perlu menggunakan kerusi roda akibat empat kali diserang angin ahmar sejak 2020 dan terakhir sekitar tiga tahun lepas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI