fbpx

Wanita cedera ditimpa dahan pokok patah di Bukit Bendera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengangkat mangsa yang cedera dihempap dahan pokok patah di Bukit Bendera, hari ini.

GEORGE TOWN – Seorang pelancong wanita China cedera pada bahagian belakang badan selepas dihempap sebatang dahan pokok yang patah di Bukit Bendera, di sini petang tadi.

Mangsa dikenali sebagai Liu Minyong, 59 tahun itu dipercayai berada berhampiran lokasi kejadian di Jalan Bukit Bendera ketika dahan pokok tiba-tiba patah dan menimpanya kira-kira pukul 2.32 petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, operasi menyelamat melibatkan keanggotaan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong.

“Sebaik pasukan tiba di tempat kejadian mendapati seorang wanita mengalami kecederaan di bahagian belakang akibat dihempap dahan pokok yang patah.

“Anggota bertindak memberikan rawatan awal di Klinik Bukit Bendera sebelum dibawa ke Hospital Pulau Pinang menggunakan ambulans EMRS,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambahnya, operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 3.17 petang tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI