fbpx
Pokok kelapa yang dirosakkan oleh beruang matahari di RKT Kesedar Jeram Tekoh, Gua Musang baru-baru ini.

‘Belakang rumah kami ada beruang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GUA MUSANG – Lebih 2,000 penduduk di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Jeram Tekoh di sini bimbang dengan kehadiran seekor beruang matahari yang kerap dilihat berkeliaran di kawasan kampung sejak lima bulan lalu.

Lebih menakutkan apabila ada penduduk yang sudah beberapa kali terserempak dengan haiwan liar itu berdekatan rumah.

Seorang penduduk, Kamarul Aiman Kamarudin, 28, berkata, penduduk sempat merakam gambar beruang matahari itu yang sedang mandi di sungai berdekatan rumah penduduk kampung pada Selasa lalu.

“Beruang matahari itu dipercayai tersesat masuk ke kawasan kampung sejak awal tahun dan mungkin kelaparan dan mencari makanan di kampung ini.

“Kami bimbang dengan ke­selamatan terutamanya kanak-kanak sekiranya mereka terse­rempak haiwan liar itu. Jadi, saya harap tindakan segera dapat diambil pihak berwajib demi ke­selamatan kami sebagai penduduk kampung,” katanya.

Kamarul Aiman memberitahu, penduduk juga mengalami kerugian apabila pokok kelapa yang ditanam telah dirosakkan beruang matahari tersebut untuk mendapatkan umbut kelapa.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani berkata, pihaknya sudah me­nerima aduan daripada penduduk mengenai ancaman beruang matahari.

Katanya, beliau juga sudah menasihatkan penduduk untuk membuat laporan kepada pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) supaya tindakan pencegahan dapat segera diambil.

Pengarah Perhilitan Kelantan, Mohamad Hafid Rohani pula berkata, pihaknya me­nerima adu­an kemunculan beruang matahari terbabit dan akan mengambil tindakan segera.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN