PETALING JAYA- Aksi pasangan pengantin berarak menaiki jengkaut (backhoe) mencuri perhatian netizen apabila mereka diiringi beberapa buah jentera dan kenderaan dalam satu konvoi unik menuju ke lokasi majlis perkahwinan.
Menerusi satu perkongsian di TikTok oleh pengguna @Anokjateymaa2, kelihatan pasangan tersebut lengkap berbusana pengantin berdiri di bahagian depan jengkaut sambil ditemani pengapit dan diiringi beberapa kenderaan lain termasuk jentera berat yang sama.
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, mendapati ramai yang terhibur dan teruja dengan konsep ‘raja sehari’ yang lain daripada kebiasaan.
“Seronoknya , memori macam ini. Sampai bila-bila orang akan ingat,” komen Nuyenzani.
“Jarang berlaku betul, tapi kecil-kecil dulu aku memang teringin nak naik macam akak tu,” kata Eiqasya.
“Aku kahwin nanti nak naik jet ski, aku cop dah. Korang pilih benda lain,” seloroh Mekda.
Setakat ini, hantaran tersebut telah menerima 72,100 tanda suka, 738 komen dan 23,300 perkongsian. -KOSMO! ONLINE