fbpx

Cinta ditolak, lelaki minta pulangkan duit belanja makan RM11

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki itu meminta memulangkan wang yang dibayar untuk mi ayam selepas cintanya ditolak. - TikTok

JAKARTA – Seorang lelaki di Indonesia menerima kecaman ramai apabila meminta seorang wanita memulangkan wang yang dibelanjakan selepas cintanya ditolak, lapor laman berita Lambe Turah semalam. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @ultramen_cantik memaparkan wanita itu sedang berbual dengan lelaki terbabit menerusi telefon. 

Wanita berkenaan turut berkongsikan tangkap layar perbualan mereka menerusi aplikasi pesanan ringkas.

Dalam mesej yang diterima, dia diminta memulangkan wang yang dibayar untuk mi ayam dan makanan lain berjumlah 40,000 rupiah (RM11). 

“Pulangkan semula wang saya. Jumlah semua makanan itu 40,000 rupiah,” kata lelaki itu. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 1.8 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“40,000 rupiah macam kejar 40 juta rupiah (RM10,426),” kata seorang netizen. 

“Belum jadi suami dah suka mengungkit,” kata pengguna media sosial lain. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI