fbpx

Bella, Syed Saddiq sudah bertunang?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BELLA dan Syed Saddiq tidak mengulas lanjut namun mengharapkan doa terbaik berhubungan desas-desus kononnya sudah pun mengikat tali pertunangan.

SHAH ALAM – “Astaghfirullahalazim.”

Demikian respons penyanyi Bella Astillah yang beristighfar panjang sewaktu ditanya tentang kesahihan desas-desus pertunangannya dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq yang sudah tersebar dalam media sosial.

Menurut Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabella Awang Astillah, 31, bukan soal rumah tangga yang kini menjadi hala tuju, sebalik mahu fokus kepada anak-anak terlebih dahulu.

“Apa-apa nanti Bella beritahu,” katanya sebelum begegas beredar senasa ditemui usai majlis Roadtour Scor A + SPM PTTI di sini, hari ini.

Sementara itu Saddiq atau nama sebenarnya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 33, pula enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan tersebut dan hanya mengiyakan apa yang dikatakan Bella.

“Apa yang dikatakan oleh Bella, saya kekalkan jawapan tersebut. Dalam bab ini, doakan sahaja.

“Mengenai kisah peribadi, kehidupan saya rasa lebih baik kekalkan dalam keluarga supaya kami berdua dapat fokus dalam kerjaya masing-masing.

“Private is private, public is public. Kami pun ada tanggungjawab masing-masing. Lebih baik kita kekalkan begitu,” jelasnya.

Terdahulu ada dakwaan mengatakan pasangan yang mendapat jolokan sebagai BASS itu telah mengikat tali pertunangan dan bakal berkahwin dalam masa terdekat. Khabar angin tersebut menjadi bertambah menyakinkan dek kemesraan Bella bersama Sadddiq yang secara terang-terangan berkongsi tentang perhubungan mereka termasuk bersama anak-anak dan ahli keluarga dalam media sosial.

Anak sulung Bella sendiri, Mohamed Ayden Adrean Mohammad Aliff, 8, menjadikan Saddiq sebagai idolanya semasa menamatkan renangan 400 meter pada Pesta Renang Langkawi (LSF) di Dataran Tanjung Rhu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI