fbpx

‘Anak ketiga baru setahun setengah, saya sekarang hamil lagi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yana kini hamil anak keempat.

PETALING JAYA – Selepas setahun bersalin anak ketiga, pelakon Yana Samsudin mengakui bakal menimang cahaya mata keempat yang dijangka dilahirkan pada Oktober depan.

Yana atau nama lengkapnya Norliana Samsudin, 41, bersyukur apabila keadaannya lebih baik berbanding kehamilan sebelum ini walaupun masih mengalami alahan pada trimester kedua.

“Alhamdulillah, anak keempat (mengandung). Kali ini kurang mencabar berbanding hamil anak nombor tiga.

“Anak nombor tiga sampai enam bulan saya tidak boleh bangun. Kali ini saya boleh buat kerja sikit.

Morning sickness (alahan) ada juga walaupun sekarang dah nak masuk lima bulan,” katanya dalam sebuah TikTok.

Meskipun mengalami gangguan hormon iaitu polikistik ovarium (PCOS), pelakon filem Wawa Semput itu bersyukur apabila tidak perlu menunggu lama untuk zuriat kali ini.

“Semua tahu saya ada PCOS. Nak dapat anak pertama, kedua dan ketiga semuanya selang empat tahun.

“Bila anak ketiga baru setahun setengah, saya hamil zuriat keempat pula.

“Ya Allah, memang impian dan doa saya untuk punya anak ramai, Allah makbulkan,” ujarnya lagi.

Bagi mengelak sebarang risiko memandangkan mengandung pada usia 41 tahun, Yana membuat persediaan awal dengan melakukan ujian pranatal tidak invasif (NIPT).

NIPT adalah ujian genetik berasaskan darah bagi mengesan sebarang keabnormalan kromosom dengan menganalisa serpihan kecil DNA janin yang mengalir dalam darah ibu.

“Sebenarnya usia saya sudah meningkat, saya kena buat pemeriksaan NIPT. Ini cabaran saya kena fikirkan.

“Perbezaan hamil kali ini adalah lakukan pemeriksaan disebabkan faktor usia,” kongsinya.

Pada Januari tahun lalu, Yana selamat melahirkan anak ketiganya walaupun menghidap praeklampsia iaitu penyakit darah tinggi buat ibu hamil.

Sebelum ini, pengarah filem Selamat Pagi Cinta itu pernah dikejarkan ke hospital dan disahkan menghidap praeklampsia.

Punca serangan penyakit tersebut bermula selepas dua anaknya iaitu berkelakuan terlalu aktif sehingga menyebabkan dia tertekan.

Yana dan suaminya, Fadzhil Zahari mendirikan perkahwinan pada 13 Februari 2015 dan dikurniakan tiga anak, Aisy Mateen, 8, Aura Aisy Sofea, 4, dan Hakeem, 1. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI