fbpx

Saya nampak ayah tersepit, meninggal dunia depan mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nurul Aylia menunjukkan gambar arwah ayahnya yang maut dalam nahas tiga buah kenderaan di Kilometer 9.4, Jalan Machang-Pasir Puteh, Kampung Banggol Judah, Machang tengah malam tadi. -Foto ROHANA MOHD. NAWI

KOTA BHARU – Seorang remaja terkejut melihat bapanya tersepit dan maut di depan mata selepas terjaga daripada tidur setelah kereta dinaiki bertembung trak pikap di Kilometer 9.4, Jalan Machang-Pasir Puteh dekat Kampung Banggol Judah, Machang tengah malam tadi.

Dalam kejadian pada pukul 11.45 malam itu, mangsa, Zulkifli Salleh, 54, yang memandu kereta Proton Waja meninggal dunia di lokasi akibat tersepit.

Anak mangsa, Nurul Aylia Fatiha Abdullah, 14, berkata, dia tersedar selepas terdengar bunyi dentuman dan jeritan ibunya, Sufiah Awang Ngah, 53, supaya membantu bapanya yang tersepit di tempat duduk pemandu.

Dalam keadaan mamai, remaja itu melihat keadaan bapanya yang sudah tidak bernyawa sebelum keluar meminta bantuan orang ramai menghubungi pihak bomba.

“Ibu menjerit beberapa kali minta saya membantu ayah yang tersepit kerana kenderaan kami sudah remuk.

“Apabila menyedari ayah meninggal dunia, saya capai telefon bimbit lalu menghubungi kakak (Sabariah),” katanya ketika ditemui Kosmo! di rumahnya di Kampung Melor Lama di sini, hari ini.

Nurul Aylia berkata, jenazah bapanya tiba di Kampung Melor Lama pada pukul 3 petang dari Hospital Machang sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Haji Hussin dua jam kemudian.

Kosmo! Online hari ini melaporkan, hasrat sebuah keluarga untuk pulang ke kampung tidak kesampaian apabila seorang daripada mereka maut dalam nahas melibatkan tiga kenderaan di Machang tengah malam tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI