fbpx

Beckham ‘taruk’ kelakuan Diallo, Garnacho ketika di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beckham. - Kredit AFP

PETALING JAYA – Legenda bola sepak England, David Beckham menyelar tindakan kurang beradab beberapa pemain Manchester United ketika berada di Malaysia, minggu lalu.

Beckham dalam satu temu ramah di luar negara mengecam dua pemain kelab legenda tersebut, Amad Diallo dan Alejandro Garnacho yang tidak menghormati peminat sewaktu jelajah ke Asia.

“Saya merasakan banyak perkara yang tidak boleh diterima sebagai penyokong Manchester United.

“Ini kerana, kebanyakan mereka (pemain) bersikap kurang wajar terhadap peminat,” katanya dalam klip video berkenaan.

Difahamkan, kesal dengan kekalahan sewaktu menentang ASEAN All-Stars Isnin lalu, kedua-dua pemain kelab popular itu dirakam menunjukkan sikap kurang ajar melalui isyarat lucah terhadap peminat mereka.

Garnacho menunjukkan isyarat jari tengah, manakala Diallo turut melakukan isyarat sama bahkan tidak rasa kesal sama sekali terhadap tindakan memalukan itu.

Sementara itu, Beckham turut meluahkan kekecewaan terhadap perkara tersebut.

“Perkara yang berlaku sekarang tidak mencerminkan nilai dan maruah kelab ini,” tambahnya.

Katanya, sebagai pemain United, tanggungjawab terhadap lencana di dada perlu dijunjung tinggi selain menganggap pemain kelab tersebut gagal membawa diri.

“Kami dahulu sentiasa menghormati peminat tidak kira di mana kami pergi, namun pemain sekarang tidak lagi faham erti bermain untuk Manchester United.

“Apa yang berlaku atas padang penting, tetapi sikap dan adab juga mencerminkan siapa kita sebagai pemain Manchester United,” ujarnya.

Baru-baru ini kelab legenda itu menamatkan musim EPL yang suram dengan jelajah singkat ke Asia, termasuk perlawanan menentang ASEAN All-Stars di Kuala Lumpur dan pasukan kebangsaan Hong Kong.

Pasukan bimbingan Ruben Amorim itu kalah 0-1 di Malaysia. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI