fbpx

‘Tak ambil hati orang cakap buruk, bukan saya kenal mereka’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Scha Elinnea mengakui terkesan dengan kata nista netizen namun menjadikan semua itu sebagai penguat semangat.

KUALA LUMPUR – Isu kontroversi lebih menjadi perhatian berbanding karier, pelakon Scha Elinnea mengakui terkesan tetapi mengambil perkara tersebut sebagai penguat semangat untuk terus berkarya.

Pada masa sama, pemilik nama asal Nur Azleen Natasha Mohamed Mubeen, 26, juga tidak peduli dengan tanggapan negatif netizen terhadap dirinya.

“Apabila orang cakap buruk fasal saya sudah pasti terasa, namun saya ambil perkara itu sebagai penguat untuk terus dalam bidang ini.

“Saya tidak kisah sebab manusia ada hati dan perasaan.

“Tak ambil hati dengan orang yang tidak kenal, mereka boleh buat tanggapan apa yang mereka mahu tetapi yang tahu diri saya hanyalah saya sendiri,” katanya kepada Kosmo! Online semasa sesi perjumpaan peminat drama Anak-Anak Mafia, hari ini.

Selain itu, pelakon drama Nuh Dan Nayla itu terus kuat kerana ibu dan keluarganya menjadi tulang belakang utama sepanjang berada dalam industri seni.

“Penguat saya ada ibu dan seluruh ahli keluarga.

“Merekalah jadi penguat untuk saya terus kuat dalam industri,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, penampilan Scha sering menjadi tumpuan kerana ramai menganggap wanita itu mengubah bentuk hidung dan juga memiliki tatu pada beberapa bahagian badan.

Dia juga pernah dituduh hidup mewah kerana dibela orang kenamaan (VIP). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI