fbpx

Penunggang motosikal maut dirempuh lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kemalangan membabitkan sebuah lori yang melanggar sebuah motosikal sebelum merempuh gerai penjaja dan pagar masjid di Bandar Baru Sungai Buloh, hari ini.

SUNGAI BULOH – Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah lori di Bandar Baru Sungai Buloh, di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian sekitar pukul 1.36 tengah hari.

Menurutnya, seramai enam anggota serta jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh digerakkan ke lokasi kejadian.

“Kemalangan melibatkan sebuah lori jenis Nissan telah melanggar sebuah motosikal sebelum merempuh sebuah gerai penjaja dan pagar sebuah masjid.

“Seorang mangsa lelaki berusia 30 tahun didapati tersepit di bawah lori dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berjaya dikeluarkan pada pukul 1.44 tengah hari,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata, mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum diserahkan kepada pihak polis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI