fbpx

Di manakah Nor Adriana?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nor Adriana dilaporkan hilang sejak semalam.

SUNGAI BULOH – Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun dilaporkan hilang di Bandar Puncak Alam di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd. Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 11.13 malam di Balai Polis Saujana Utama.

Menurut beliau, remaja terbabit dikenali sebagai Nor Adriana Syazwani Nor Azlan.

“Mangsa berketurunan Melayu, berketinggian lebih kurang 155 sentimeter dan berat sekitar 45 kilogram. Ketika dilaporkan hilang, dia dipercayai memakai baju-T berlambang logo pusat pakaian Hari-hari dan berseluar jeans.

“Lokasi terakhir dia dilihat adalah di alamat di No. 12, Jalan Alam Suria 16/45, Bandar Puncak Alam, Selangor,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, Mohd. Hafiz memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kehilangan remaja itu agar segera menghubungi mana-mana balai polis berdekatan.

“Mereka juga boleh terus menghubungi Ketua Polis Balai Saujana Utama, Sarjan Mejar Fuzi Kamazan di talian 012-3818167,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI