fbpx

Wanita cedera dihentak lawat bapa tanpa kebenaran suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG wanita mengaku dipukul suaminya menggunakan telefon bimbit kerana melawat bapanya tanpa kebenaran di Ulu Tiram, Johor Bahru.

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki bertindak memukul isteri yang melawat bapa mertuanya tanpa kebenaran termasuk menggunakan telefon bimbit sehingga wanita itu mengalami kecederaan.

Mangsa, seorang wanita tempatan berusia 32 tahun berkongsi kejadian yang berlaku pada pukul 7 malam, Jumaat lalu menerusi satu hantaran di media sosial.

Menurutnya, itu bukan pertama kali dia dipukul suaminya, sebaliknya pernah berlaku sebelum ini.

“Perselisihan faham bermula apabila suami marah dan tidak puas hari kerana saya melawat bapa. Dia pukul saya menggunakan telefon bimbit menyebabkan dahi luka dan berdarah.

“Sebelum ini, dia juga pernah menumbuk saya di muka hingga menyebabkan mata kanan saya lebam,” katanya yang turut membuat laporan polis berhubung kejadian di Balai Polis Ulu Tiram, 24 Mei lalu.

Tambah wanita itu, dia melawat bapanya kerana memikul tanggungjawab menjaga lelaki itu selepas ibunya meninggal dunia.

“Minggu lalu, bapa saya terjatuh dari motosikal dan mengalami kecederaan, jadi saya perlu turut menjaganya,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd. Sohaimi Ishak berkata, pihaknya menerima laporan polis berhubung kejadian itu, Sabtu lalu.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI