fbpx

‘Mahkamah dah sahkan, saya tiada apa lagi ingin dikatakan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aslam (berpelitup muka hitam) lega mahkamah akhirnya mengesahkan pernikahannya dan isteri, Marissa. - MOHD. FIRDAUS MOHD. JOHARI

KUALA LUMPUR – “Alhamdulillah, kes sudah selesai. (Pernikahan) ini memang sah.”

Demikian maklum balas suami kepada pempengaruh, Marissa Dania Hakim, Ahmad Aslam Kasyfun Nazir Rashid selepas prosiding siasatan permohonan pengesahan nikah di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, hari ini.

Kata petugas penghantaran itu, perkahwinan dengan Marissa sejak 27 Disember 2023 sememangnya sudau sah, malah prosiding dijalani adalah bagi mendapatkan pengesahan undang-undang di Malaysia.

“Saya tiada apa-apa lagi yang mahu dikatakan. Saya cuma ingin mengucapkan terima kasih banyak-banyak.

“Mahkamah pun sekarang sudah mengesahkan pernikahan kami,” katanya ketika ditemui Kosmo! Online di mahkamah selepas prosiding selesai kira-kira pukul 1 petang tadi.

Isterinya, juga anak pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim yang sama-sama mengenakan pelitup muka hanya membatukan diri tanpa memberikan sebarang respons berhubung pengesahan pernikahan mereka di Songkhla, Thailand lebih setahun lalu.

Malah kedua-duanya yang berbaju sedondon warna krim bergegas menuju ke kenderaan mereka sebaik keluar dari dewan bicara.

Pada prosiding hari ini, Hakim Syarie, Wan Mohd Najib Wan Hamat mengesahkan pernikahan pasangan terbabit selain meluluskan permohonan pernikahan poligami luar negara tanpa kebenaran mengikut seksyen 23 (1A).

Pada 5 Mei lalu, pasangan berkenaan hadir di mahkamah sama untuk menjalani prosiding pengesahan nikah namun terpaksa ditangguhkan berikutan masalah teknikal pada borang permohonan.

Terdahulu, nama Marissa menjadi bualan ramai selepas bernikah dengan Ahmad Aslam secara rahsia tanpa pengetahuan isteri pertama Aslam, Umisya Mazlan yang ketika itu menunaikan umrah.

Pernikahan tersebut juga berlangsung tanpa pengetahuan ibu bapa Marissa yang mengakibatkan isu poligami itu menjadi bualan ramai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI